====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Sunday, August 18, 2013

BICARA SEJARAH

BICARA SEJARAH: KERAJAAN JEMBAL KELANTAN

Program di atas telah diadakan di SMK Raja Sakti, Kota Jembal pada 13 Ogos 2013 bersempena perjumpaan Hari Raya Aidilfitri 1434.  Program kerjasama dengan Persatuan Sejarah SMK Raja Sakti telah dihadiri oleh para pelajar, guru-guru dan ahli PKRJK dan dibicarakan oleh YM Hj. Raja Sulaiman bin Raja Hassan dan dipengerusikan oleh YM HJ. Tuan Harun bin Tuan Yahya.
 

4 comments:

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Tahniah.. Majlis yang memperkayakan ilmu susur galur dan kegemilangan Dinasti Raja Jembal...

Junjung kasih kepada semua yang terlibat menjayakannya. Patik tumpang beruntung kerana menjadi salah seorang yang menghadirinya.

Unknown said...

Patik suka membaca kisah Raja Jembal dan tidak puas mengkaji mengenainya. Mungkin juga kerana darah bonda patik dari Kelantan yang menyebabkan patik suka dengan sejarah Kelantan, khususnya Raja Jembal.

Patik ada juga membaca di royalark.com tulisan Christopher Buyers berkaitan Raja-Raja yang memerintah Kerajaan Jembal di Kelantan. Hasilnya lebih 80 peratus adalah menepati kajian patik dari sumber bacaan lain.

Seperti yang patik jangkakan, bahawa memang benar Raja Sakti atau Long Betung adalah tidak berkaitan langsung dengan Raja Bersiong di Kedah. Apa yang patik faham ialah Raja-Raja Jembal adalah dari keturunan Raja Champa yang merupakan anak cucu Sayyid Hussein Jamadil Kubra.

Salasilah Raja Jembal bermula menerusi putera Raja Champa yang bernama Wan Abul Muzaffar Waliyullah bin Sultan Wan Abdullah Umdatuddin. Putera sulung Wan Abul Muzaffar, Dato’ Nik Jamaluddin, telah dilantik oleh Raja Patani sebagai Datu Kelantan. Manakala adiknya, Dato’ Nik Mustaffa pula menjadi Raja Champa.

Dato’ Nik Jamaluddin pula mempunyai dua orang putera iaitu Sultan Adiluddin dan Sultan Samiruddin. Kedua-duanya menjadi Raja Kelantan. Setelah kemangkatan Sultan Samiruddin, putera baginda menaiki tahta Kelantan dengan gelaran Sultan Abdul Kadir.

Daripada Sultan Abdul Kadir inilah lahirnya Raja Sakti yang digelar Long Betung.

Raja Sakti mempunyai 3 orang putera. Puteranya yang sulung bernama Raja Bahar telah mangkat sewaktu kecil. Puteranya yang kedua, Raja Loyor, menaiki tahta Kerajaan Jembal setelah kemangkatan ayahandanya.

Raja Loyor hanya mempunyai seorang puteri yang dikahwinkan dengan pembesar negeri Champa. Setelah mangkatnya Raja Loyor, adindanya Raja Umar telah menaiki tahta.
Raja Umar pula mempunyai 2 putera dan 2 puteri. Puteranya yang sulung bernama Raja Kechil Sulong, yang kedua pula bernama Raja Ngah atau Raja Hudang.

Puteri Raja Umar pula ialah Raja Pah yang dikahwinkan dengan Tuan Besar Long Bahar bin Dato’ Pengkalan Tua Wan Daim. Manakala seorang lagi puteri Raja Umar ialah Raja Nah.

Setelah kemangkatan Raja Umar, tahta Kerajaan Jembal telah diserahkan kepada menantunya, Tuan Besar Long Bahar. Ini kerana Raja Kechil Sulong yang sedang berada di Kota Tras tidak mahu menaiki tahta dan ingin hidup sebagai orang kebanyakan hidup dalam jalan dakwah.

Raja Ngah atau Raja Hudang pula mangkat dalam usia usia muda dan tidak mempunyai zuriat.

Daripada pemahaman patik, keturunan Raja Sakti (dari zuriat lelaki) hanyalah dari Raja Kechil Sulong yang mangkat dalam tahun 1725. Putera Raja Kecil Sulong ialah Raja Abdul Rahman dan Tuan Mat.

Raja Abdul Rahman telah mengembara mencari ilmu agama dan hidup sederhana sebagai orang kebanyakan. Keturunannya dikatakan ramai telah menanggalkan nama kebesaran dan hidup melata. Manakala Tuan Mat dan keturunannya menetap di Kedai Lalat.

Patik berharap mendapat keterangan lanjut dari PKDRJ tentang keturunan Raja Kechil Sulong yang menjadi leluhur kepada Kerabat Di Raja Jembal ini, terutamanya dari keturunan Raja Abdul Rahman. Juga patik meminta diperbetulkan jika terdapat kekhilafan pemahaman terhadap salasilah Raja Jembal ini.

Ali Mustaffa.

Unknown said...

Satu lagi kekeliruan patik
walaupun persoalan pertama telah seminggu tak terjawab:

mengikut semakan peribadi patik, terdapat 3 nama yang merujuk sebagai putera kepada Raja Abdul Rahman bin Raja Kechil Sulong bin Raja Umar.

1. Raja Abdullah bin Raja Abdul Rahman bin Raja Kechil Sulong

2. Tuan Mat bin Raja Abdul Rahman bin Raja Kechil Sulong

3. Isa bin Raja Abdul Rahman bin Raja Kecil Sulong

harapan patik PKRJK dapat menghapuskan kekeliruan patik ...

salam takzim