====INFO SEMASA ======
Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri
Friday, October 29, 2010
Mesyuarat Jawatankuasa
Wednesday, October 6, 2010
Mesyuarat Agung Bil 13 2010 Berjaya
Monday, September 20, 2010
Persembahan Tahniah
Sunday, September 12, 2010
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE VIII 2010
NOTIS MESYUARAT AGUNG KE XIII 2010
Menjunjung perkenan Yang Dipertua PKRJK, dengan penuh hormat dan takzimnya patik menjemput seluruh Ahli Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, ke Mesyuarat Agung yang akan dilangsungkan seperti mana berikut:
Tarikh : 02 Oktober 2010 (SABTU)
Masa : 08.30 -1.30 Tengahari
Tempat: Hotel New Pacific, Kota Bahru, Kelantan
Perasmian Oleh: YABM Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abd Aziz bin Nik Mat
Penasihat PKRJK
Aturcara Majlis
8.00pg - Pendaftaran, Pembayaran Yuran dan Jualan Barangan Publisti
9.00pg - Upacara Perasmian Mesyuarat Agung
10.00pg- Santapan pagi
11.00pg - Mesyuarat Agung mengikut Agenda Mesyuarat
1.30 tgh - Santapan Tengahari di Teratak YM Tuan Zakaria b Tuan Ismail (TYDP)
Lorong Pakatan , Jalan Gucil-Bayam, Kota Bahru
Mohon semua Ahli tidak menguzurkan diri...
Sebarang Pertanyaaan moga berhubung terus dengan YM SU Agung : 013-9087007
Junjung Kasih.....
Sunday, July 11, 2010
Saturday, July 10, 2010
Perasmian Penubuhan Cawangan Tengah
Tarikh: | Sunday, August 1, 2010 |
masa: | 8:30am - 1:00pm |
Lokasi : | Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur |
Dengan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Patik mewakili PKRJK Penaja Cawangan Tengah::
Peringatan/sembah maklum kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Penaja Cawangan Tengah DAN Yang Mulia Ahli Kerabat Raja Jembal sekitar K.Lumpur,N.Sembilan,Putrajaya,Shah Alam DLL ..
Perasmian PENUBUHAN cawangan akan di adakan pada 01/08/2010 ( Ahad ) bertempat di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan Kuala Lumpur.
Sebarang PERTANYAAN boleh hubungi
YM Raja Yacob = 012-2449356/ 013-3219949
YM Nik Mustafa bin Nik Hassan di talian 012-9440480.
LINK utuk pandu arah ke sana
Saturday, June 19, 2010
Lawatan AJK Pusat Ke Setiawan Perak
Monday, June 7, 2010
Pendirian PKRJK tentang Waris Puteri Saadong
Waris Puteri Saadong tak diiktiraf
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my
|
|
BACHOK 4 Jun – Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan (PKRJ) mengakui rupa paras Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, seiras dengan kerabat Raja Jembal bagaimanapun dakwaan bahawa beliau adalah waris keturunan ketujuh Puteri Saadong tidak diiktiraf.
Yang Dipertua PKRJ, Nik Yusuf Nik Muhamad berkata, PKRJ turut terkilan kerana Raja Tengku Putri Anis membuat pengakuan tersebut tanpa merujuk terlebih dahulu kepada pertubuhan itu.
Katanya, upacara pemahsyuran beliau sebagai Sri Ratu Ketujuh Saadong sempena mengakhiri apa yang dikatakan sumpahan tujuh keturunannya pada Selasa ini juga tidak perlu dilakukan sebelum dakwaan berkenaan dibuktikan.
Sehubungan itu, beliau berharap r Raja Tengku Putri Anis dapat berjumpa dengan pertubuhan berkenaan yang mempunyai lebih 2,000 ahli untuk mengkaji salasilah dan kebenaran dakwaannya itu.
“Kita tidak menafikan dakwaannya itu namun kita tidak boleh mengiktirafnya sebagai waris ketujuh selagi belum dibuktikan kesahihannya.
“Apa yang saya baca dalam akhbar, beliau ada berjumpa dengan begitu ramai ulama untuk mengesan susur galur keluarganya tetapi tidak dengan kita.
‘‘Apa yang kita tahu, cerita mengenai Puteri Saadong habis setakat Gunung Ayam sahaja dan kita tidak tahu apa yang terjadi selepas itu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Yang Dipertua PKRJ, Tuan Zakaria Tuan Ismail.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan pengakuan Raja Tengku Putri Anis yang mendakwa dirinya merupakan waris ketujuh kepada Puteri Saadong yang kisah sejarahnya disaluti mitos dan legenda.
Raja Tengku Putri Anis berkata, sudah sekian lama beliau menyimpan rahsia yang dibawa daripada generasi ke generasi dan tampil hampir pada saat dikatakan berakhirnya sumpahan Puteri Saadong yang merajuk membawa diri ke Acheh, Indonesia.
Katanya, Puteri Saadong meninggalkan sumpahan 420 tahun lalu dengan kata-kata:
Kutinggalkan rakyat, kutinggalkan negeri, kutinggalkan harta, kutinggalkan segala. Merajuk diriku sehelai sepinggang, lalu berlabuh di tempat asalku, di mana bumi ku pijak, di situ langit kujunjung, aku bersumpah tak lagi ku injak negeri Kelantan sehingga cukup tujuh keturunan.
Nik Yusuf berkata, beliau tidak pernah mempercayai kewujudan sumpahan itu dan ia hanya ditimbulkan dalam mitos dan cerita dongeng mengenai Puteri Saadong.
Malah ujarnya, banyak pihak pernah membuat dakwaan sebelum ini bahawa mereka juga adalah kerabat Raja Jembal tetapi bila dibuat kajian ia ternyata tidak benar.
Petikan Utusan Malaysia M/s 5 Jumaat, 4 Jun 2010
(perlu penelitian para ahli kerabat kesahihan berita ini)
Sumpahan tujuh Keturunan Puteri Saadong berakhir
Sri Ratu Saadong Ke-7 muncul .............
Saturday, May 15, 2010
Seminar Putera-Puteri Jembal Kali Ke-2 , 2010
Seminar putera-puteri jembal kali ke 2 yang telah diadakan pada 30 april -1 mei 2010 telah mendapat sambutan yang baik di kalangan ahli PKRJK, simnar tersebut telah memberi pendedahaan tentang Sejarah dan salasilah keturunan Raja Jembal serta menerangan matlmat dan perlembaggaan PKRJK demi melahirkan barisan pelapis yang cakna terhadap pertubuhan.
Sunday, March 7, 2010
JK Perhubungan Wilayah Tengah akan direlisasikan
Perbincangan yang diadakan beberapa Ahli Kerabat Wilayah Tengah yang di ketuai oleh YM Raja Yacob pada 6 Mac 2010 telah memutuskan Majlis Perhimpunan dan Penubuhan JK Perhubungan PKRJK Wilayah tengah akan diadakan pada 11 April 2010, bertempat di Masjid Al-Rahmah, Greenwood, Gombak, Kuala Lumpur. Jam 10.00pg - 2.00 petang.
Semua Ahli di Wilayah Tengah (Kuala Kumpur, Selangor dan Negeri Sembilan) di jemput hadir.
(sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan Pengerusi Penaja YM Raja Yacob bin Raja Abdullah(012-2449356)
Saturday, March 6, 2010
Keberangkatan Pulang KBDYMM Al-Sultan Kelantan
Monday, March 1, 2010
Rencana Sejarah Raja Jembal di KOSMO
Artikel ini dipetik dari KOSMO 28 Feb 2010
Kisah raja perempuan Kelantan
"SAYA tak kenal Cik Siti Wan Kembang tapi semangatnya ada dalam diri saya," kata Yang Dipertua Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) Kelantan, Aishah Mahmood, saat diajak berbicara tentang Cik Siti Wan Kembang yang sangat sinonim dengan negeri Kelantan.
Aishah, 61, yang merupakan usahawan laut dalam wanita pertama ne
gara menyedari ada sedikit signifikan antara dirinya dengan Cik Siti Wan Kembang, raja yang memerintah Kelantan dari tahun 1610 hingga 1677 itu. Semangat jagoan dan kepimpinan Cik Siti Wan Kembang yang mampu 'hidup tanpa lelaki' bagai ada persamaan dengan Aishah, ibu tunggal beranak lima ini.
"Semangat Cik Siti Wan Kembang kental sekali. Dialah perempu an, 'lelaki' dan hulubalang," ujar Tokoh Maal Hijrah Kelantan 2008 itu lagi yang merupakan wanita pertama di negeri itu yang dianugerahkan gelaran tersebut selepas 50 tahun kemerdekaanRaja Jembal
Kerana tidak mempunyai pewaris takhta, Cik Siti Wan Kembang tel
ah mengambil Puteri Saadong anak kepada Raja Loyor daripada keturunan Raja Sakti (Raja Jembal) yang memerintah di Jembal, satu tempat di negeri Kelantan sebagai anak angkat. Puteri Saadong atau Mariam amat terkenal dengan kecantikan rupa parasnya.
Raja Jembal mempunyai empat orang putera dan tiga orang puteri. Berasaskan salasilah, Sultan Kelantan sekarang, Sultan Ismail Petra mempunyai darah keturunan Raja Jembal. Keturunan Raja Jembal juga diwarisi oleh mereka yang mempunyai gelaran Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dan Wan.
Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan, Tengku Mohd. Norhamzah Engku Hussin, 63, semasa beliau kecil, kisah tentang Cik Siti Wan Kembang cumalah cerita dari mulut ke mulut.
"Tapi kami percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong benar-benar wujud. Ia bukan cerita dongeng, atau legenda," katanya.
Menurutnya, Cik Siti Wan Kembang digambarkan sebagai seorang yang jelita, perkasa dan pendekar. Pada masa yang sama, baginda begitu kuat berpegang kepada agama.
Cik Siti Wan Kembang berjiwa halus dan berhati suci serta berbudi luhur. Baginda telah bertemu seekor anak kijang yang sakit lalu dibela hingga sembuh serta menjadi binatang kesayangannya.
Norhamzah berkata, persatuannya juga percaya Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan manusia terpilih yang dikurniakan keramat.
"Ada yang menceritakan, Cik Siti Wan Kembang memeluk Islam apabila ajaran Islam dibawa oleh pedagang-pedagang Arab. Sebab itulah namanya Wan Kembang, bukan Wan Fatimah atau Wan Aminah.
"Biasanya individu yang menerima Islam dengan sepenuh hati, tambahan pula dia merupakan seorang pemimpin, membawa hikmah yang besar.
Keramat
"Kami percaya wujudnya unsur luar biasa seperti karomah (keramat) pada insan tertentu dan ia bukan mitos," katanya.
Norhamzah menyifatkan ingatan berpanjangan terhadap wanita itu sehingga kini dan kehilangannya di Gunung Ayam yang dikatakan seperti ghaib sebagai antara ciri keramat.
Satu sumber dari catatan pengembara Islam, Ibnu Battutah menyebutkan terdapat seorang raja perempuan beragama Islam bernama Urduga di Kuala Krai (dalam catatan disebut Kilu Krai). Raja perempuan itu pandai menunggang kuda, memanah dan pandai menulis tulisan Arab. Sesetengah sumber mengatakan Urduga ialah Cik Siti Wan Kembang.
Buku Detik-detik Sejarah Kelantan menceritakan Cik Siti Wan Kembang telah membawa diri ke Gunung Ayam untuk beribadat menghambakan diri sepenuhnya kepada Allah dan kisah hidupnya tidak lagi diketahui.
"Mungkin juga baginda tidak mahu berkahwin kerana mahu memberikan sepenuh jiwanya kepada Tuhan," kata Norhamzah yang melihat persamaan itu dengan wanita sufi, Rabiatul Adawiyah.
Raja Siam
Norhamzah berkata, ada juga pendapat yang mengatakan Cik Siti Wan Kembang dan Puteri Saadong merupakan orang yang sama.
Ia mungkin kerana persamaan kedua-duanya dari segi perwatakan, unsur keramat serta hayat yang diketahui berakhir di Gunung Ayam.
Puteri Saadong dikatakan mewarisi sifat-sifat keramat ibu angkatnya. Diceritakan bahawa Raja Siam yang ingin mendekatinya ditumbuhi kudis sehingga hanya dapat disembuhkan dengan air telapak kaki Puteri SaadongThursday, February 11, 2010
PKRJK D'sinar Harian: Jangan salah guna lambang PKRJK
(Klik Pada Foto untuk besarkan)
Berita lanjut
Tuesday, February 2, 2010
Seminar Putera-Puteri Jembal Kali Ke-2 , 2010
PKRJK akan mengadakan satu seminar dua hari Putera-Puteri Jembal seperti mana berikut:-
Tarikh : 30 April - 1 Mei 2010
Tempat : Permai Beach Resort, Telong, Bachok, Kelantan
Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan penjelasan kepada golongan putera-puteri jembal tentang Pertubuhan PKRJK dan Salasilah keturunan Kerabat Raja Jembal Kelantan.
30 April 2010 (Jumaat) 3.00 petang - Pendaftaran peserta 4.00 - Solar Asar Minum Petang 5.30 - Riadah/ Rekreasi 7.00 petang - Solat maghrib/ kuliah maghrib/ Solat Isyak 9.00 malam - Makan malam (BBQ) dan Suai mesra - Taklimat program - Tayangan Video (Puteri Saadong) - Ceramah 1 Sejarah Penubuhan PKRJK Oleh: YM Hj Tg Mohd Norhamzah Engku Hussin Setiausaha PKRJK 11.30 malam - Tidur 1 Mei 2010 (Sabtu) 4.30 pg - Qiamulial 5.30 pg – Solat subuh / Kuliah Subuh 7.00 pg – Senamrobik - Sarapan Pagi 8.15 pg – Ceramah II Salasilah Keturunan Kerabat Raja Jembal Kelantan Oleh: YM Hj Tengku Ismail b Tengku Osman Ahli Lembaga Adat PKRJK 9.30 pg - Bengkel Kenali Salasilah Keluarga 10.00pg - Minum pagi 10.30 pg – Ceramah III - AADK/Pengguna 12.00 tgh – Majlis Perasmian Penutup Oleh: YM Hj Nik Yussof b Nik Mohamad Yang Dipertua PKRJK 1.00tgh - Jamuan makan tengahari 2.00 ptg - Checkout / Bersurai |
|
|
|
|
|
|
|