====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Wednesday, April 15, 2009

Mohon Semua Ahli Maklum tentang Panduan Pemakaian Logo PKRJK

PENGERTIAN PEMAKAIAN LOGO PKRJK

1. LOGO BUKAN UNTUK MELINDUNGI MANA MANA TINDAKAN UNDANG UNDANG KERAJAAN MALAYSIA. SETIAP INDIVIDU PKRJK YANG MEMAKAI LOGO DAN MELAKUKAN KESALAHAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN.

2. TUJUAN LOGO UNTUK MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN TERUTAMA SEMASA BERTEMBUNG ATAU SELISIH DIJALAN RAYA. LEBIH LEBIH LAGI SEMASA BERLAKUNYA KEMALANGAN ATAU KECEMASAN DI JALANRAYA. SEKIRANYA ADA PIHAK YANG PERTIKAI SERTA MENGHINAKAN LOGO KERABAT SILA BUAT LAPORAN KE PIHAK PERTUBUHAN.

3. PEMAKAIAN LOGO DIHADAPAN DAN BELAKANG KERETA ADALAH LEBIH BAIK DISEGI PENGENALAN. KITA AKAN MENGETAHUI AHLI KERABAT KITA SAMADA DARIPADA KERETA YANG DATANG DARI ARAH HADAPAN ATAU DARI ARAH BELAKANG.

4. SYARAT-SYARAT PEMAKAIAN LOGO DIKERETA MEMANG SUDAH TERMAKTUB DALAM BUKU PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN.

5. JANGAN DIANGGAPKAN BAHAWA PAKAI LOGO KERABAT DI KERETA TERLEPAS DARI TINDAKAN UNDANG UNDANG.

6. PIHAK PERTUBUHAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB SEKIRANAYA AHLI KERABAT YANG MEMAKAI LOGO KERETA MENYALAHI UNDANG UNDANG JALANRAYA ATAU SEBARANG UNDANG UNDANG KERAJAAN.

SESUNGGUHNYA PEMAKAIAN LOGO DI KERETA ADALAH UNTUK MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN. MEMAKAI LOGO TANPA KEBENARAN PERTUBUHAN ADALAH SATU KESALAHAN KEPADA UNDANG-UNDANG TUBUH PERTUBUHAN KERABAT RAJA JEMBAL KELANTAN.