====INFO SEMASA ======


Sebarang urusan boleh terus ke emel pertubuhan pkrjk92@gmail.com


Untuk pendaftaran ahli di luar kelantan boleh lah berhubung terus dengan pengerusi atau Setiausaha Perhubungan Negeri



Tuesday, November 11, 2008

Kad Ahli Baru



Kepada semua ahli, PKRJK telah memperkenalkan Kad Ahli yang baru, untuk kemudahan semua ahli sesuai dengan perkembangan semasa. Untuk tujuan itu kepada semua ahli yang ingin menukarkan Kad ahli yang lama kepada Kad Ahli baru ini diminta mengirimkan gambar ukuran Lesen memandu dan Wang berjumlah RM 6.00 kepada Setiausaha Agong.

Gambar juga boleh dikirimkan dalam bentuk softcopy melalui Emel (pkrjk92@gmail.com) dan bayaran terus ke akaun bank Pertubuhan (sila kirimkan/emelkan salinan Pay in slip bank sebagai bukti pembayaran)

Terima kasih...


32 comments:

adtea' said...

YM,
Saya ingin bertanya,

Bolehkah saya memohon menjadi ahli PKRJKelantan walaupun ibu dan abg2saya adalah ahli Perhubungan kedah tetapi bapa saudara saya ahli PKRJK.Utuk makluman, saya berasal dari Kedah dan sekarang menetap di Pulau Pinang.

i) bolehkah saya memohon secara online ke PKRJK dan tidak melalui perhubugan Kedah?

ii) Untuk menjadi ahli seumur hidup,Rm200 temasuk yuran penyertaaan dan bagaimana kad & crown dserahkan(jika ahli seumur hidup?

iii) Bagaimanakah dengan bayaran yang sudah dibuat jika permohonan ditolak?

Sekian,Terima Kasih.
Assalammualaikum..

niknasir said...

salam kepada yang ingin bertanya..:

terlebih dahulu moleknya perkenalkan diri tuan hamba...sekurang kurangnya pihak Lembaga Adat dpt mengetahui dari mana susur galur tuan hamba...
berkenaan dgn abg2 dan pakcik saudara itu sudah memadai tetapi perlu disrtakan dgn namanya sekali dan nombor keahlian..
baiklah disini sy cuba menjawab persoalan saudara setakat yang saya tahu...

1) untuk membuat satu / lebih permohonan adalah digalakan tetapi perlu mengikut terma dan syarat mendaftar sebagai ahli..iaitu perlu disertakan/ huraian ringkas 2 keturunan mahupun sebelah bonda @ ayahanda...sertakan salinan kad pengenalan atau apa2 bukti sebagai contoh jika sudah meninggal sertakan salinan surat kematian..
selepas itu sila lengkapkan borang..dan dibahagian siapa yang mencadangkan moleknya ditulis nama bapa saudara tuan hamba untuk lebih meyakinkan lembaga adat...
pada saya membuat permohonan melalui KRIMAN POS adalah yang terbaik sebb pihak setiausaha mendapat " HARD COPY " dan bukannya " SOFT COPY "....

2) Ya!! mmg yuran keahlian sebanyak RM200 adalah bagi yuran keahlian seumur hidup..dan berikan satu crown percuma..tentang penyerahan tersebut adalah selepas tuan hamba telah rasminya diterima menjadi ahli PKRJK dgn gelaran YM ( Yang Mulia )...

3)Baiklah jika Tuan hamba merasa ragu2 dengan permohonan ditolak..tuan hamba boleh membuat pilihan mendaftar sebagai ahli dgn yuran biasa terlebih dahulu iaitu sebanyak RM15 ...insyallah pihak PKRJK begitu telus melalui Lembaga Adat..tuan hamba x perlu risau jika tuan hamba mmg berakar umbikan keturunan Jembal...

diharap penjelasan tersebut sedikit sebanyak membantu tuan hamba....

sekian,

Unknown said...

Assalamualaikum Ym,
Saya Mohd Zaki Bin Abdullah.Bagaimanakah ingin menjadi ahli PKRJK saya tiada pencadang dan siapakah yang boleh saya hubungi untuk proses pendaftaran.Untuk Pengetahuan YM Ayahanda saya berketurunan dari YM Tengku Lebar kerabat diraja Kltn.Manakala disebelah bonda saya adalah berketuruna CIK yang dikenalpasti adalah dariketurunan kerabat Diraja jembal

Pewaris Negara said...
This comment has been removed by the author.
Anak_melor said...

Salam kepada YM,
Saya Mohd Hizri bin Sauti.
mempunyai beberapa persoalan untuk ditanyakan.

1) Adakah saya dikira berketurunan Raja Jembal sekiranya emak kepada datuk(sebelah ibu)@ moyang perempuan (sebelah ibu) saya namanya bermula dengan 'Nik'. sedangkan datuk saya(sebelah ibu)tidak mempunyai apa2 gelaran. hanya dalam keluarga adik kepada datuk saya(anak lelaki)diberi gelaran nik?

2)adakah saya boleh memohon untuk menjadi ahli?

Semoga persoalan ini dapat dijelaskan oleh YM.

Sekian, terima kasih.
Assalammualaikum.

hsiri ms said...
This comment has been removed by the author.
hsiri ms said...

assalammualaikum YM..
saya ingin tahu salasilah keluarga saya adakah benar dr.keturunan CSWK.
BEGINI CERITA NYE:

CSWK BERKAHWIN DGN TENGKU SYED HUSSIEN-DPT ANAK LELAKI..NAMA NYE SAYA DAH LUPA.DAN DIA BERKAHWIN(?NAMA ISTERI) DAPAT 4 ORG ANAK LELEKI...DIMANA ANAK LELAKINYE YG KE-4 NAMANYE WAN ALI(LEBAI ALI-DATUK SAYA)BERKAHWIN PULA DGN MEHRAN..MENETAP DI CHANGKAT TUALANG PERAK---DAN DPT 9 ORG ANAK---ANAK KE 9 NAMANYA MAT SAID@ MOHD SAID--(AYAH SAYA)SAYA ANAK DR ISTERI KE 3 NYE.DAN SAYA MOHD KHAIRI BIN HJ MAT SAID.

ITU ADALAH SUMBER YG SAYA DAPAT DR ARWAH ABG SEBAPA SAYA.ZAINAL ABIDI MOHD SAID.

JADI DGN JASA YM.ADAKAH SAYA BENAR2 DR KETURUNAN RAJA JEMBAL.

HARAP YM DPT BERI PENJELASAN..

kushaz said...

Salam YM,

Kita ingin bertanya,

Arwah Nenda kita bernama Tengku Kembang bt Tengku Mahmud b Tengku Muda. Arwah memang rapat dengan keluarga belah Tengku Iskandar. Jadi kita nak tahu la kat mana kedudukan kita ni,kalau boleh kita nak tengok susur galur kita.....

kushaz said...

Salam YM,

Kita ingin bertanya,

Arwah nenda kita Tengku Kembang bt Tengku Mahmud b Tengku Muda,kita cuma nak tahu kedudukan kita dalam susur galur Raja Jembal,lagi pun wasiat arwah minta kita kenal worih warah kita,tapi kita tak tahu mana nak mula,minta tolong dengan YM ye

kushaz said...

Salam YM,

Kita ingin bertanya,

Arwah nenda kita Tengku Kembang bt Tengku Mahmud b Tengku Muda,kita cuma nak tahu kedudukan kita dalam susur galur Raja Jembal,lagi pun wasiat arwah minta kita kenal worih warah kita,tapi kita tak tahu mana nak mula,minta tolong dengan YM ye

Haji Tengku Hassan Zaim bin Haji Raja Salleh said...

Assalamualaikum,YM.
Patik pohon tukar kad ahli kerana terdapat kesilapan pada kad tersebut.Terutamanya pada nama dan gelaran kerabat.Nama sebenar ialah HASSAN ZAIM BIN SALLEH tapi pada kad tersebut ditulis NIK HASSAN ZAIN BIN SALLEH.Mengenai gelaran pula sebenarnya mengikut susur galur patik adalah sebelah ayah sehinggalah kepada Raja Abdul Rahman(Raja yang lari ke Pahang kerana perebutan kuasa pada suatu masa dahulu iaitu dengan Raja Pah)mengikut pada masa dulu tok nek kami pernah memanggil kami Tengku.Harap dapat pembetulan dan perkenan drp YM dan bagaimana?

Anonymous said...

Assalamualaikum YM...
Nama saya Nik Ismail Badre Esam B Said. Dan utk pengetahuan YM Datuk saya Che Ku Kob B Che Ku Mis pernah bertelagah dengan nenek sayer sebelah bapa saya krn dimana datangnyer perkataan (NIK) sedangkan bapa saya tak ada nama keturunan tersebut.

i) Berdasarkan cerita melalui cerita lisan dari arwah nenek saya Datuk saya ada 3 beradik iaitu datuk sayer arwah Che Ku Mat,Che Ku Roni dan arwah Datuk saya Che Ku Kob B Che Ku Mis, serta moyang saya berasal dr Pasir Puteh Kelantan. Dan moyang sy itu berkawan rapat dgn Dato' Bahaman dan Tok Janggut dan sentiasa berulang alik dr Pahang ke Kelantan berjalan kaki.

ii) Dan mengikut cerita tersebut adakah keluarga saya dr Raja Jembal

iii) Dan bagaimana YM dapat mencari dan sahih yang menyata si anu itu berketurunan Raja Jembal

Sekian Jutaan Terima kasih
Dan ASSALAMUALAIKUM...

tuan said...

suka patik jelaskan disini sekiranya seseorng itu benar2 keturunan raja jembal pasti saudara pernah mendengar tentang pantang larang nenek moyang terutamanya berkaitan buluh betong dan ikan kekacang.. itulah ciri2 utama yg biasa dibawa oleh keturunan raja jembal sekian

Tuan Khairi ( Kg Kota Raja -Pengkalan Datu )

Kulark said...

saya berketurunan ku sebelah bapa saya.. adakah sebelah kedah terutamanya langkawi ada keturunan Raja Jembal? setahu saya langkawi terdapat ramai keturunan ku. ataupun ada sesiapa yang dapat saya hubungi di langkawi untuk bertanyakan lebih mendalam tertang pkrjk ni.

Unknown said...

Salam YM,
Nama saya Nik Mohd Nazri B.Mohd Ali,Abah Mohd Ali B.Nik Man,Atuk Nik Man B.Nik Soh,Moyang Nik Soh B.Nik Yeh,tak tau pulak kenapa abah tak ada nama Nik dihadapan.Dan mengikut abah kita org berasal dari Patani,Moyang berpindah dari Patani ke kelantan,lepas tu atuk berpindah ke Pahang ,sekarang Abah menetap di Pahang dan saya pula manetap di Johor Bahru ada kah saya ada hubung kait dengan keturunan RAJA JEMBAL? DAH LAMA MENCARI SUSUR GALUR KETURUNAN NIK NI.Harap YM boleh membantu terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum YM...saya Nik Afifah Binti Nik Ali...ayahanda saya Nik Ali Bin Hussin...bonda saya Norma binti Abdul Rahman...bonda saya mengatakan bahawa saya kerabat di Raja...bonda saya juga pernah melarang saya ketika saya hampir memakan rebung...bonda saya mengatakan keturunan Nik tidak boleh makan rebung...bonda saya mengatakan bahawa rebung adalah pantang larang bagi keturunan Nik...dan bonda saya ada berpesan kepada saya jika suatu hari nanti saya ingin melahirkan anak,dibadan saya harus ada kain kuning...ada dua orang hamba Allah yang arif dalam melihat air muka dan darah seseorang memberitahu saya bahawa air muka saya ada iras dengan Raja Jembal...manakala darah yang mengalir dalam badan saya ini darah keturunan Cik Siti Wan Kembang...saya percaya pada hamba Allah itu...tetapi untuk mengukuhkan lagi kepercayaan saya,saya akan mencaritahu mengenai apa yang mereka kata...saya ingin bertanyakan kepada YM,dimana boleh saya dapat/beli dua buah buku kisah sejarah keturunan Raja Jembal? Maafkan saya YM...saya terlupa judul buku-buku tersebut...saya harap YM dapat bantu saya...dengan ini saya sertakan baharafifah@gmail.com supaya senang bagi pihak YM untuk memberi maklumat mengenai buku-buku tersebut...segala jasa baik YM,amat dihargai...Semoga Allah Senantiasa melindungi cucu cicit keturunan Raja Kelantan...ucapan beribu terima kasih dari saya...wassalam...

Unknown said...

Assalamualaikum..... YM... saya NOR ASLAN BIN RAMLY. susur jalur keluarga saya berketurunan CHE di mana datuk saya memakai gelaran Che. Semua adik beradik ayah saya memakai gelaran che tetapi ayah saya anak yang sulung tidak memakai gelaran tersebut tidak di ketahui sebab tidak mengunakan gelaran tersebut samaada terlupa atau sebaliknya. saya ingin bertanya sekiranya saya ingin letak gelaran itu kepada anak saya nanti boleh ke sedangkan saya tidak menguna gelaran che.

Unknown said...

Askm..nma sy bermula dgn gelaran tuan..blhkn sy dftarkn dri sbhgian dri ahli ..sy asl dri klntan..hrap blas

Unknown said...

Assalamualaikum nenek saya ad gelaran che.bolehkah saya daftar

Tengku Shila said...

Wassalam. Boleh

Tengku Shila said...

Wassalam. Secara dasarnya, PKRJK hanya menerima gelaran spt Raja, Tuan, Tengku, Ku, Nik dll gelaran yg berkaitan. Sekiranya ada bukti yg kukuh gelaran Che ada susur galur dr gelaran tersebut di atas, boleh dikepilkan semasa membuat permohonan ahli.
Walau apapun, keputusan muktamad adalah bergantung kpd Majlis Lembaga Adat PKRJK.

Tengku Shila said...

Wassalam. PKRJK hanya menerima ahli yg ada gelaran spt Raja, Tengku, Tuan, Ku, Nik dll yg berkaitan, sama ada di sebelah bapa atau ibu.
Walau apapun, jika ada bukti kukuh gelaran Che ada kaitan dgn gelaran tersebut di atas, sehingga 3 keturunan ke atas, boleh ajukan permohonan ahli kpd yg berkenaan. Keputusan adalah tertakluk kpd Majlis Lembaga Adat PKRJK.

Tengku Shila said...

Wassalam. Sila YM tuan Haji isi borang permohonan, salinan kp & salinan kad ahli. Sekeping gambar passport & rm6 utk urusan tukar kad ahli.

Unknown said...

assalamualaikum....saya raja mohd baziley ingin bertanya...mcmne utk pendaftarann kerabat raja jembal...sya lahir kg pauh kota bharu kelantan...

Unknown said...

Assalamualaikum...sy Tengku ameliana bt Tengku kamarulzaman....sy ingin bertanya Cara untuk mendapat Surat Akuan kerabat untuk mendaftar Surat kelahiran anak untuk mendapat status "Nik"...pihak JPN ingin Surat akuan tersebut...bagaimana cara untuk saya dapatkan surat tersebut bagi memperkuatkan lagi alasan saya...mohon jasa baik pihak Tuan...terima kasih

Atok said...

Assalamualaikum YM...

Saya ingin bertanya serba sedikit... Saya ahmad khairul bin haron.. Saya ingin berdaftar dengan pertubuhan ni... Keluarga ayah Saya 5orang, 3 dari adik bradiknya Ade Nama che, ayah Saya Dan sorang abang beliau tidak diletakkan che.. Dan adakah Saya boleh menukar Nama Saya di JPN dengan meletakkan che dihadapan Nama Saya?

Unknown said...

sy keturunan raja jembal tp xpernah berdaftar dri nenek smpai ke cicit dah..

Megat Shafeeq said...

Assalamualaikum YM...nama naya MEGAT ahmad shafeeq dan berasal dri keturunan raja jembal dari opah saya Raja Aisyah..nama gelar kami ditukar kerana moyang nenek saya telah berhijrah ke perak dan kami juga menetap disini..walau bagaimanapun masih ada kaum kerabat kami yg ada di kelantan dgn gelaran raja...jdi bolehkah saya saya mendafatr sbb gelaran saya megat..opah saya anakanda kepada Raja Mohammad Bin Raja Omar dan Raja Fatimah

Tengku Nan said...

assalamualaikum YM.. Nama saya Tengku Ahmad Nazeri b.Tuan Ismail b Tuan Abd Rahman,bolehkah saya mendaftar keahlian kerabat diraja jembal dn jika boleh, bagaimanakah caranya.. terima kasih YM

Flower DelilahQis said...

Perkara itu yang masih difikirkan oleh keluarga patik.

raja atiqah said...

assalamualaiku YM..nama sy Raja Noratiqah bt Raja ibrahim,sy berasal dri kelantan,sy ingin betanya susur galur kerabat sy,sy ada ptng larang tidak boleh mkn ikan kekacang dengan rebung buluh betong,sy cume mahu kepastian adakah sy dri keturunan raja jembal,trima kasih YM

Piki D Pikok said...

Salam..sy afiqi dr kelantan..ingin bertanya,adakah keturunan dr syed hussein jamadil kubra termasuk dalam persatuan kerabat diraja?sbb keturunan sy ada pantang larang tdk boleh mkn ikan kekacang dan buluh betung kerana atas sumpahan.